Sunday 24 April 2011

Islam : Cahayamu bakal menyinar

Sebentar tadi ketika dalam perjalanan ke Bangi, saya berbual panjang bersama bapa saudara saya berkenaaan hal-hal terkini. Berborak panjang tentang isu-isu semasa , sejarah –sejarah Islam dan pelbagai lagi. Manakan tidak, semua ini mampu menahan kelompak mata ini dari terlena dan meneruskan perjalanan yang dipandu oleh saya sendiri. Ketika asyik berbual, terlintas kalimah Allah s.w.t yang agung di kotak permikiran saya. Firman Allah s.w.t yang berbunyi:

“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka merubah diri mereka sendiri”.

Kalam suci tuhan ini selari tentang topik perbincangan saya tadi. Suatu topik yang amat menarik perhatian saya untuk serius dibincangkan. Ketika mata dan jasad ini terasa lemah mengharungi perjalanan yang mengambil masa kira-kira selama 7 jam, perbualan ini menjadi ubat penawar kepada kelesuan itu. Sebenarnya saya amat mengambil berat tentang negeri kelahiran saya sendiri. Melihat fenomena songsang yang berlaku mutakhir ini. Suasana yang amat jauh berbeda pada satu ketika dahulu.

Terkenang saya pada imbasan lalu yang menjadi pelangi kenangan pada saya. Biah yang subur dengan iman. Banjiran manusia mengimarah masjid, generasi anak muda yang saling hormat-menghormati, generasi tua yang mengasihi anak-anak muda. Surau dan masjid di hidupkan dengan zikir kebesaran kepada Allah, laungan azan disambut dengan larian seperti anak kecil para jemaah untuk menyembah Allah. Imbasan ini melambungkan saya ke tengah-tengah kehidupan silam. Seperti mana saya sendiri hidup pada zaman yang saya kira antara pertengan tahun 80-an hingga 90-an. Pada tahun ini kebiasaannya masyarakat kita hanya sekadar mengetahui kegemilangan rentak pop yeh-yeh . Generasi berseluar longgar di pangkal betis, berambut kemas, berkaca mata hitam.Hakikatnya kita melupai satu kepentingan dalam hidup yang mana kesedaran generasi muda menimba ilmu rohani. Bertitik-tolak daripada tahun berikutnyalah, saya menyedari kemalapan terhadap ilmu-ilmu pondok, kuliah agama semakin berkurangan. Perubahan generasi anak muda kepada 360 darjah amat membimbangkan. Berdasarkan kepada pemerhatian saya, generasi ini dibebankan dengan hiburan yang melampau, kesenangan yang melimpah serta kelonggaran pemerhatian terhadap mereka.

“Kita akan selamat apabila kita dididik dengan didikan agama terutama negeri kita”

Terpancul dari mulut bapa saudara saya ketika topik berkenaan dengan negeri semakin hangat dibincangkan.

Lantas saya membalas:

“Imam Ghazali pernah berkata. Jika ingin melihat anjakan sesuatu kawasan,pandanglah kehidupan anak-anak muda. Perubahan boleh dilihat berlaku jika anak muda itu sendiri yang merubahnya sebab anak muda itu nanti yang bakal jadi pimpinan negara”.

Perbualan saya tidak terhenti begitu saja, sebaliknya semakin larut sehingga terbawa kepada kisah kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Amirul Mukminin yang ke-2. Kesatriaan dan dasar kepemimpinan yang telai tersemai dalam tubuh badan Khalifah Umar al-Khattab menambah intipati perbualan kami. Seterusnya kami melangkah lagi sehingga 800 tahun kedepan selepas sabda Baginda s.a.w ketika menggali parit bagi menghadapi Perang Khandaq iaitu penaklukan Kota Konstatinople oleh seorang anak muda yang bernama Sultan Muhammad Al-Fateh, atau nama lain Mehmed.Seusia dengan saya tetapi sudah mampu memimpin bala tentera Islam serta mampu menawan sebuah kota yang agung suatu ketika dahulu. Lalu saya terdiam seketika, bukan tidak mahu meneruskan perbincangan sebaliknya saya terfikir tentang diri saya dan juga teman-teman saya di negeri kelahiran saya. Kepincangan yang tertindih terhadap diri saya sendiri, didikan awal yang tidak berteraskan agama yang lengkap.Seterusnya disambungkan ke peringkat menengah yang sekadar menekankan aspek pendidikan barat.Bukan saya menidakkan atau meremehkan sistem pendidikan yang sedia ada tetapi sedikit terkilan kerana penekanan didikan yang berteraskan agama teramat kurang menyebabkan saya sedikit ‘hanyut’ di masa lepas.

Hari ini, generasi anak muda semakin parah. Parah bukan kerana terkorban di medan perang, sebaliknya parah dek kerana dirobek oleh tombak hiburan beracun melampui terhadap pemikiran generasi belia harapan bangsa. Kita juga sendiri tertipu kerana kitalah boneka.Kita dipentaskan di pentas auditorium dunia.Pencatur kita adalah Yahudi, kerana itulah mereka bersungguh-sungguh melumatkan kekuatan yang sedia ada pada para remaja.Kerana remajalah, kebangkitan ummah bakal meledak.

Natijahnya, saya mengimpikan suatu hari nanti saya tergolong bersama pemuda yang menagihkan syurga Allah s.w.t, pemuda yang berjuang melestarikan kehidupaan masyarakat, pemuda yang menyemarakkan bara-bara dakwah agar terbentuk peribadi yang berteraskan al-quran dan sunnah.Biarpun hari ini bukan harinya, tetapi saya yakin esok adalah milik kami.Generasi yang menTRANSFORMASIkan Ummah.